Rabu, September 09, 2009

090909 - PERMULAAN KITA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH..

Kepada semua anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, cucu menantu-cucu menantu, cicit-cicit dan semua saudara mara sahabat handai rakan taulan yang bersusur galurkan HAJI HASHIM BIN CHE MAT DAN HAJJAH CHIK BINTI ZAKARIA (dan juga kepada yang ingin mengenali) - INILAH TEMPAT KITA BERKUMPUL...

Di sini, kita bersama berjumpa secara maya (nak berkumpul selalu susah sebab kita semua terpisah dengan jarak yang menyukarkan perjumpaan pertemuan semeja di adakan) - makanya, di sini, kita berkumpul (nak tunggu 2 tahun sekali berjumpa di Hari Raya Aidilfitri yang menjadi aktiviti wajib, lama betul nak menunggu masanya, jadi inilah alternatif kepada perjumpaan kita) untuk bercerita, melaporkan, mengkhabarkan, mewar-warkan atau apa sahaja aktiviti, kegiatan, berita, cerita yang ingin dikongsi bersama.

Tarikh hari ini amat menarik kerana ia membawa nombor yang sangat cantik.. secantik hubungan kekeluargaan kita..

SO... LET'S BEGIN!!!....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mari-mari..
berbicaralah jika mahu :)