Khamis, September 24, 2009

Gathering Ke-6: Siri 2 - Pic Raya

Acara : Gathering Dwi-Tahunan (selang 2 tahun Hari Raya Aidilfitri)
Tarikh : 21 September 2009 (Hari Raya ke-2, malam)
Bertempat di : rumah anak hashimchik no-7 (mak teh zaiton)
Kehadiran : 9 keluarga (daripada 10 orang anak-anak hashimchik)

Permainan yang dijalankan malam itu mengikut kategori.

1) Acara Kanak-kanak - tiup belon, gula2 dlm tepung, makan sumi dan koyak kertas.
2) Acara bebudak bujang - 'pulun jgn tak pulun' (makan sumi panjang)
3) Acara Couple Muda - 'sayang di sayang' (suami suap epal, isteri suap pepsi - serentak!)
4) Acara Couple Dewasa - 'Musang Berjanggut' (asingkan 3 bhn - kacang hijau, barli dan beras!)
5) Acara Ibu-ibu - 'Pusara di Lebuh Raya' (masukkan manik guna tali flose)
6) Acara Ayah2 - 'Mencari Mutiara' (ambil kacang guna chopstick)..

Aduhaii.. pecah perut menahan perangai masing2...

SEMUA YANG HADIR (SETIAP ORANG) TERLIBAT DLM ACARA MASING-MASING...



<-- acara kanak-kanak..
dibawah > acara 'si bujang senang'..


<-- lepak-lepak santai..
dibawah > acara 'couple muda'.. (ada yg sendawa pepsi spjg malam.. tobat takmau beli epal hijau setahun!!!) hahahaa...




<--- fuh.. acara "pusara dilebuh raya" untuk kaum-kaum ibu.. mmg tangkap lelah nak masukkan manik guna tali flose.. kahkahkah...




>>>>>>>>>>>>>>>>>>> satu-satunya acara yang kena BUAT DUA KALI gara-gara penipuan yang NYATA dan KETARA oleh kaum2 tok-tok ayah (kaum ayah2)..


dibawah > khusyuk mendengar penerangan acara "Musang Berjanggut" untuk "Couple Dewasa"..
















^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ AYAM PIRU GOLEK.. sponsored by TUAN TANAH KEDAUNG... Mak Teh Zaiton dan Pak Teh Aziz (tok teh)..





<-- YANG DIPERTUA (YDP) SEUMUR HIDUP.. Pak Long Zainol Abidin (toklong).. anak sulung hashimchik..



> di bawah > persiapan utk menggolek ayam piru.. (weih.. interframe lebih nampaaakkkk!!..)













<-- ucapan aluan cucu sulung hashimchik (.. andai arwah masih hidup... huhuhuhu... sebak.. sebak... huhuhu)


> bawah - ketua technician (pak caq nali) sedang mengarahkan bujan2 memasang lampu2.. bagus bagus.. itulah pentingnya ada KETUA technician dlm family nih.. hahahhaaa....

















-- wajah2 ceria menanti acara...





















<-- bertungkus-lumus siapkan menu..


bawah > tempat bakar-membakar..




















<-- orang penting nih.. Presiden seumur hidup (buleh??.. hahahha)...
dibawah : pak long (toklong) menjadi portable 'torchlight'.. (ingatkan aircond je ade portable.. kehkehkeh)











~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Upload gambar lain plak... masukkan dalam next entri.. Siri 3... hihihi.. ~~~~~~~

GATHERING RAYA KE-6: SIRI 1

Alhamdulillah..

GATHERING RAYA KE-6 rupanya kita tahun ini kan.. diam-tak-diam dah lebih 10 tahun aktiviti kekeluargaan kita ni berjalan.. sejak tahun 1999 (tahun gathering pertama) kita berkumpul.. (masa ni arwah tok dan wan ada lagi).

Daripada hadiahnya (duluuu...) hanya hadiah-hadiah 'ciput', beg-beg plastik, barang2 kedai RM2, hamper RM20, RM30 jer.... dan sekarang grand price adalah HANDPHONE, OVEN, PUNCH BOWL beserta hamper2 yang bernilai ratusan ringgit.

Daripada acara dulu hanya untuk kanak-kanak bawah umur jer, sekarang dah ada kategori permainan daripada 'tok-tok' sedara, mak-bapak sedara, anak-anak, dan cucu-cucu (cicit-cicit)..

MERIAH.. itu gambaran FAMILY GATHERING kita yang ke-6 ni kan (tiap-tiap gathering pun sama meriahnya.. hahahhaaa...).. kali ni, menunya special lebih.. dengan hidangan istimewa AYAM PIRU GOLEK (sumbangan Tuan Tanah Kedaung... Mak Teh Ton and Pak Teh Aziz.. hahahah) .. perghh.... (sapa ntah yg suggest pas ni nak buat LEMBU ROSTER??.. sapa nak mengoleknya weh?????!!!)

Ok.. untuk gambar2 serta aktiviti-aktiviti.. sila adik-adik superb IT tolong uploadkan.. dan sambung di next siri okeh..
**************
-teringat ucapan aluan cucu sulung tok-wan pada malam tu : andai arwah tok dan wan masih hidup, pasti mereka BERBANGGA DAN GEMBIRA kerana melihat anak cucu cicit menantu semuanya berkumpul dan MENERUSKAN UKHWAH SILATURRAHIM PERSAUDARAAN yang semakin erat dan bertambah utuh..
AL-FATIHAH untuk arwah Wan (Haji Hashim bin Che Mat) dan arwah Tok (Hajjah Chik Binti Zakariah)..

Rabu, September 09, 2009

SELAMAT HARI RAYA..2009

SELAMAT HARI RAYA..



TAHUN NI TAHUN KITA BERKUMPUL DI KAMPUNG PERTAMA!!..

YEA YEA.. BALIK KAMPUNG.. hohoho.. BALIK KAMPUNG..
HATI GIRANG....

090909 - PERMULAAN KITA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH..

Kepada semua anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, cucu menantu-cucu menantu, cicit-cicit dan semua saudara mara sahabat handai rakan taulan yang bersusur galurkan HAJI HASHIM BIN CHE MAT DAN HAJJAH CHIK BINTI ZAKARIA (dan juga kepada yang ingin mengenali) - INILAH TEMPAT KITA BERKUMPUL...

Di sini, kita bersama berjumpa secara maya (nak berkumpul selalu susah sebab kita semua terpisah dengan jarak yang menyukarkan perjumpaan pertemuan semeja di adakan) - makanya, di sini, kita berkumpul (nak tunggu 2 tahun sekali berjumpa di Hari Raya Aidilfitri yang menjadi aktiviti wajib, lama betul nak menunggu masanya, jadi inilah alternatif kepada perjumpaan kita) untuk bercerita, melaporkan, mengkhabarkan, mewar-warkan atau apa sahaja aktiviti, kegiatan, berita, cerita yang ingin dikongsi bersama.

Tarikh hari ini amat menarik kerana ia membawa nombor yang sangat cantik.. secantik hubungan kekeluargaan kita..

SO... LET'S BEGIN!!!....